Post saya yang pertama di dunia 'blog' ini...Setelah menjadi seorang ummi hasil perkongsian hidup suami tersayang, Muhd Aiman Afiq Abu Bakar dan terciptanya seorang cahaya mata yang sangat dicintai Alya Syarfina...telah membuka mata saya ke dunia baru yang tidak pernah saya sangka akan singgah dan diami kini, dunia sebagai seorang Ibu (Motherhood). Dunia baru ini telah membuka mata saya untuk peka dengan keadaan sekeliling yang boleh memberi kesan ke atas diri dan keluarga saya terutama sekali ke atas cinta terbaru saya, baby Alya...
Pertama sekali, dengan kuasa Allah Taala, saya telah terbuka untuk mengenali Hypnobirthing...saya sudah mengetahui tentang konsep ini sejak bulan2 awal saya mengandung tetapi atas kekangan kerja, saya hanya dapat menghadiri kelas Hypnobirthing bersama Kak Nadine pada bulan terakhir saya mengandung...rasa agak terkilan kerana lambat menyertai kelas ini...pembacaan sahaja daripada buku memang tidak banyak membantu, saya juga kurang mempraktikan aktiviti2 yang dapat membantu proses kelahiran anak pertama saya...Saya mengesyorkan kepada bakal2 ibu untuk menghadiri kelas ini kerana kelas ini betul2 membuka minda dan perspektif kita tentang proses melahirkan anak itu sendiri...kita sudah terlalu lama disuap dengan perspektif dan idea yang salah yang menyebabkan minda kita mempunyai anggapan buruk mengenai proses melahirkan anak...Apa yang saya boleh katakan, Allah Taala menjadikan kita, perempuan dengan sempurna untuk melahirkan anak, maka kita tidak perlukan langsung ubat-ubatan atau bantuan doktor/mesin untuk melalui proces ini. Kita hanya perlu percaya dengan kuasa Allah Taala, badan kita dan anak yang berada dalam perut kita...semua ini adalah lumrah semulajadi dalam menjadi seorang perempuan...'Have a peace in your mind, then your body will work out the rest. Trust in Allah and your dear baby that you can go through this. Insyaallah, everything gonna being fine.'
Dunia ibu juga banyak membuka mata saya untuk lebih ke arah 'Go Green'. Semua yang melibatkan baby Alya haruslah semulajadi, 'back to nature' dan 'go green'. Di sinilah saya mengenali 'breastfeeding', 'cloth diaper/pad' dan 'baby wearing'.
Saya masih baru dalam mempelajari tentang dunia ibu ini tetapi saya sangat menyukainya. Dunia Ibu juga membuka mata saya tentang pengorbanan mak saya. Kini saya lebih menghargai kasih sayang mak saya. Inilah masa paling terbaik dalam hidup saya. Saya mahu menjadi ummi untuk selama-lamanya :)
Gambar 1 : Kehidupan bermula sebagai seorang Ummi