Tuesday 18 September 2012

Mengandung...Kekuatan seorang Ibu...

Alhamdullillah...
 
Setelah saya sebulan memasuki alam perkahwinan...kami telah diberikan berita gembira akan kehadiran zuriat bagi saya dan suami...
 
Ketika ini, saya sedang berada jauh menyeberangi Laut China Selatan...di Miri, Sarawak di atas urusan kerja...
 
Bila masuk sebulan...badan seperti sudah memberi isyarat tentang kehadiran permata hati kami...seorang ibu memang mempunyai firasat yang sangat baik...bila saya melaluinya, barulah saya faham...Allahuakbar...Allah Maha Besar...Memang Dia sudah mencipta kita dengan begitu sempurna...
 
Pulang sahaja dari kerja, saya terus singgah ke farmasi untuk membeli alat ujian kehamilan...Bila nak buat ujian, memang hati berdebar2, ialah kali pertama katakan...
 
Sebelum dan Selepas Ujian...
 
Alhamdullillah...ujian menunjukkan tanda positif. Tersenyum saya bila melihat hasil ujian. Tapi hati masih tidak percaya seratus peratus...oleh itu keesokan harinya saya pergi ke klinik untuk mendapat pengesahan doktor. Hasilnya tetap sama dan saya memang disahkan mengandung...Gembira tidak terhingga bila sudah dapat pengesahan...
 
Kini bermulanya pencarian saya dalam membuat persiapan sebagai seorang Ummi....
 
 
Saya banyak membaca dari internet dan buku untuk memahami tentang proses tumbesaran bayi di dalam kandungan tapi kebanyak buku yang saya baca semasa kehamilan pertama saya sangat2 ke arah perubatan moden...saya tidak terbuka lagi untuk mengetahui tentang alternatif yang ada...saya juga mengambil ubat-ubatan moden seperti New Obimin dan Neurogain PB...bukan menidakkan keberkesanan ubat-ubatan moden tetapi setelah saya mendalami ilmu saya tentang kehamilan, saya telah terbuka untuk lebih cenderung untuk memilih ubat-ubatan semulajadi...saya mahu yang terbaik untuk bakal anak saya...saya menjadi kehidupan yang lebih sihat dan menjaga pemakanan supaya bayi saya mendapat zat2 dan vitamin2 secukupnya. Saya pasti akan lebih gembira jika saya mengenali Shaklee dengan lebih awal. Bukan saya ingin mempromosikan produk ini dan mengaut keuntungan tetapi saya memang telah merasai kelebihan dari produk ini semasa saya di dalam pantang.
 
Bila saya masuk ke trimester yang ketiga...barulah saya mengetahui tentang hypnobirthing...Saya mengetahui tentang hypnobirthing melalui sahabat di UTP dahulu, Khadeejah Hasmad dan Shahirah Shokri. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada 2 orang sahabat ini yang telah memperkenalkan saya tentang hypnobirthing...Saya memang menyarankan bakal2 ibu untuk mengenali hypnobirthing. Tiada paksaan dalam perkara ini tetapi bakal2 ibu perlu tahu pilihan lain yang ada untuk anda. Ilmu itu adalah senjata. Jangan kita mengikut membuta tuli tanpa memahami kerana ini hanya akan membuatkan kita menyesal. Saya banyak mendengar ibu2 yang melahirkan anak tanpa mengambil epidural, sekalung ucapan tahniah saya ucapkan kerana itu adalah pilihan terbaik untuk proses kelahiran. Melahirkan anak bukanlah sejenis penyakit yang memerlukan kita untuk mengambil uba-ubatan. Kalau anda pergi ke syarikat insuran, melahirkan anak tidak pernah masuk dalam penyakit dan tidak termasuk dalam perlindungan kerana melahirkan anak sememangnya bukanlah penyakit. Ini adalah proses semulajadi yang sepatutnya dilalui oleh semua wanita. Allah Taala telah mencipta wanita dengan rahim yang dapat membesarkan bayi sehingga lebih sembilan bulan dan selamat melahirkan bayi tersebut secara semulajadi. Inilah yang diajar di dalam hypnobirthing. Proses kelahiran bayi ada lah satu proses semulajadi. Ibu hanya perlu belajar untuk yakin dengan badan mereka dan bayi di dalam kandungan. Insyaallah, dengan kuasa Allah, maka semuanya akan selamat. Saya akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang hypnobirthing dalam post yang lain.
 
Dalam mengandung juga, saya sangat aktif...Alhamdullillah sangat, kehamilan pertama ini memang tidak banyak masalah. Saya banyak berjalan dan sangat aktif. Berada di Miri dan bekerja di dalam 'kilang' memang memerlukan saya berjalan kerana saya tidak boleh berbasikal (berbadan dua) dan memandu kereta (tiada lesen). Setakat berjalan di dalam 'kilang' memang tiada masalah bagi saya. Nampaknya bayi di dalam perut saya pun suka berjalan :) Saya juga sering berulang-alik dari Miri ke Kuala Lumpur kerana sudah memulakan pengajian Sarjana saya. Boleh jadi, bayi dalam perut ini ialah bayi yang paling banyak naik kapal terbang sepanjang sembilan bulan.
 
Alhamdullilah...semua dimudahkan tetapi tipulah jika saya tidak merasai sakit langsung semasa mengandung. Ketika mengandung ini, memang badan kita menjadi sangat sensitif. Saya pernah merasai sakit seperti demam dan cirit-birit. Kepada lelaki2, tolonglah faham bila ibu2 ini sakit semasa mengandung memang sakit itu lebih dari sakit orang2 biasa. Contohnya bila orang yg sama kena demam yang sama tetapi kalau yang salah seorang itu mengandung, sakit yang dirasai oleh ibu yang mengandung ini memang dua kali ganda sakit dari orang yang biasa...Saya bersyukur juga kerana berada di Miri dengan orang2 yang sangat memahami dan mengambil berat. Kadang2 mereka ini yang terlebih mengambil berat dan kasihan dengan saya sampai saya pula yang rasa rimas...hehehehe...Walaubagaimanapun terima kasih semua sahabat2 di Miri....saya tidak akan lupakan sahabat2 semua :)
 
Bersama Annie dan Dayang :)
 
Satu perkara yang saya paling penting yang saya belajar semasa mengandung lalu....Kita sebagai wanita mesti percaya dengan diri kita sendiri...kita lebih memahami keadaan badan kita...kita tidak perlu mengikut sangat orang lain kerana setiap bakal ibu memang berbeza. Penuhi diri kita dengan ilmu  dan percaya dengan Allah Taala dan diri sendiri. Bila kita mengandung ini, firasat ibu akan meningkat dan ini akan membantu kita dalam meghadapi proses ini dengan gembira :)
 
 
 

Monday 25 June 2012

Bermulanya Dunia Baru...

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara,

Post saya yang pertama di dunia 'blog' ini...Setelah menjadi seorang ummi hasil perkongsian hidup suami tersayang, Muhd Aiman Afiq Abu Bakar dan terciptanya seorang cahaya mata yang sangat dicintai Alya Syarfina...telah membuka mata saya ke dunia baru yang tidak pernah saya sangka akan singgah dan diami kini, dunia sebagai seorang Ibu (Motherhood). Dunia baru ini telah membuka mata saya untuk peka dengan keadaan sekeliling yang boleh memberi kesan ke atas diri dan keluarga saya terutama sekali ke atas cinta terbaru saya, baby Alya...

Pertama sekali, dengan kuasa Allah Taala, saya telah terbuka untuk mengenali Hypnobirthing...saya sudah mengetahui tentang konsep ini sejak bulan2 awal saya mengandung tetapi atas kekangan kerja, saya hanya dapat menghadiri kelas Hypnobirthing bersama Kak Nadine pada bulan terakhir saya mengandung...rasa agak terkilan kerana lambat menyertai kelas ini...pembacaan sahaja daripada buku memang tidak banyak membantu, saya juga kurang mempraktikan aktiviti2 yang dapat membantu proses kelahiran anak pertama saya...Saya mengesyorkan kepada bakal2 ibu untuk menghadiri kelas ini kerana kelas ini betul2 membuka minda dan perspektif kita tentang proses melahirkan anak itu sendiri...kita sudah terlalu lama disuap dengan perspektif dan idea yang salah yang menyebabkan minda kita mempunyai anggapan buruk mengenai proses melahirkan anak...Apa yang saya boleh katakan, Allah Taala menjadikan kita, perempuan dengan sempurna untuk melahirkan anak, maka kita tidak perlukan langsung ubat-ubatan atau bantuan doktor/mesin untuk melalui proces ini. Kita hanya perlu percaya dengan kuasa Allah Taala, badan kita dan anak yang berada dalam perut kita...semua ini adalah lumrah semulajadi dalam menjadi seorang perempuan...'Have a peace in your mind, then your body will work out the rest. Trust in Allah and your dear baby that you can go through this. Insyaallah, everything gonna being fine.'

Dunia ibu juga banyak membuka mata saya untuk lebih ke arah 'Go Green'. Semua yang melibatkan baby Alya haruslah semulajadi, 'back to nature' dan 'go green'. Di sinilah saya mengenali 'breastfeeding', 'cloth diaper/pad' dan 'baby wearing'.

Saya masih baru dalam mempelajari tentang dunia ibu ini tetapi saya sangat menyukainya. Dunia Ibu juga membuka mata saya tentang pengorbanan mak saya. Kini saya lebih menghargai kasih sayang mak saya. Inilah masa paling terbaik dalam hidup saya. Saya mahu menjadi ummi untuk selama-lamanya :)

Gambar 1 : Kehidupan bermula sebagai seorang Ummi